Bernama7 September 2026

MAHA 2026 Luar Biasa: Catat Kehadiran Lebih 5 Juta Pengunjung dan Meterai MoU RM10.35 Bilion

Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia MAHA 2026 di MAEPS Serdang

MAHA 2026 yang berakhir pada 6 September mencatat kejayaan luar biasa dengan kehadiran lebih lima juta pengunjung serta pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai lebih RM10.35 bilion, menurut kenyataan rasmi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Dalam tempoh 10 hari penganjurannya, MAHA 2026 berjaya memeterai 97 MoU melebihi sasaran RM8 bilion, manakala nilai jualan keseluruhan mencapai lebih RM73 juta mengatasi sasaran RM58 juta. Peningkatan kehadiran daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kaum Cina dan India memperlihatkan MAHA semakin diterima sebagai platform nasional yang merentasi kaum.

Kejayaan MAHA 2026 turut terserlah melalui kehadiran lebih dua juta belia — bersamaan 40 peratus daripada keseluruhan pengunjung — mencerminkan peningkatan minat golongan muda terhadap sektor pertanian dan agromakanan, hasil komitmen serta kerjasama semua kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan pihak swasta yang terlibat.

← Semua berita